Saturday, July 25, 2009

Antara Keutamaan Surah al-Baqarah

Bismillahirrahmanirrahiim,
Assalamualaikum wR wB

SUBHANALLAH!!!

Setiap insan inginkan keselamatan, kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan, berbagai cara yang dilakukan oleh anak manusia untuk mencapai cita-cita “sebenar” kehidupan itu.

Diantara faktor-faktor untuk mencapai “matlamat” tadi, yaitu menusia berusaha untuk menghindarkan diri sendiri, keluarga, tempat tinggal ataupun tempat kerja dari gangguan Jin.

Untuk maksud yang demikian itu, segala mantera, azimat, poster ayat-ayat mahupun hadis-hadis laris dijual.

Yang pasti syaitan dan Jin kafir sangat berkeinginan untuk selalu mengganggu ketentraman anak cucu nabi Adam as. Oleh yang demikian itulah, nabi Muhammad saw telah mengajarkan kita untuk membaca surah al-Baqarah, sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Muslim didalam sahihnya seperti berikut :

عن أبي هريرة ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، قال : " لا تجعلوا بيوتكم مقابر ، إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة "

Bermaksud :

Daripada Abu Hurairah ra : Bahawa Rasulullah saw telah bersabda : “Janganlah kalian jadikan rumah-rumahmu bagaikan kuburan-kuburan, sesungguhnya Syaithan meninggalkan rumah yang dibacakan padanya surah al-Baqarah”. (H.R. Muslim)

Penjelasan :

Berdasarkan kepada hadis diatas, jelaslah keutamaan surah al-Baqarah dan manfaat yang ada padanya. Demikianlah mukjizat yang telah Rasulullah saw pusakakan kepada umatnya kaum muslimin keseluruhan.

Hadis diatas menjelaskan bahawa “rumah yang dibacakan padanya surah al-Baqarah”. Ini membersitkan makna seperti berikut : Jika didalam rumah tersebut ada yang membaca al-Quran terutama surah al-Baqarah, maka syaithan atau jin kafir tidak akan selesa duduk didalam rumah yang penghuninya membaca al-Quran terutama surah al-Baqarah, dengan demikian mereka akan meninggalkan rumah tersebut.

Ingin agar Jin ataupun syaithan meninggalkan rumah, maka bacalah surah al-Baqarah dan bukan dengan cara membeli poster surat al-Baqarah kemudian dilekatkan didinding rumah.

Pesan :

Pertama : Sesungguhnya ayat-ayat al-Quran benar-benar sebuah mukjizat yang Allah swt sampaikan kepada Rasulullah saw.

Kedua : Hendaklah beramal dengan ayat-ayat al-Quran sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat yang mulia dan bukan seperti yang diajarkan oleh orang-orang selain mereka.

Ketiga : Kepentingan membaca al-Quran dan mempelajari serta mentadabburinya, merupakan porsi utama dalam kehidupan bagi mereka yang beragama Islam.


Wassalamualaikum wR wB



Masyhuri Masud
IIUM (MIRKH Quran Sunnah)

No comments:

Post a Comment