Wednesday, July 15, 2009

Mari Berzikir

Assalamu’alaikum wR wB

PAGI!!! SUBHANALLAH!!!

(فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ) (البقرة : 152 )

Maksudnya:

“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku”. (Q.S. al-Baqarah : 152)
(وَلَذِكْرُ اللَّهِ) (العنكبوت : 45 )

Maskudnya :

“Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain)”. (Q.S. al-Ankabut : 45)


(وَاذْكُرُواْ اللّهَ كَثِيراً لَّعَلَّكُمْ تُفْلَحُونَ) (الأنفال : 45 ) (وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيراً لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ) (الجمعة : 10 )

Maksudnya :

“Dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknyaagar kamu beruntung (berjaya)”. (Q.S. al-Anfal : 45, Q.S. al-Jumu’ah: 10)

Zikir bermaksud mengingat-ingati seraya menyebut nama sesiapa yang disukai dengan "sebutan yang baik". Manakala mengingat-ingat seraya menyebut nama sesiapa yang tidak disukai dengan "sebutan yang buruk" boleh kita katakana sebagai memaki hamun (subbun atau sibaabun) . Oleh kerana itu zikir dan maki hamun walaupun sama maknaya iaitu “menyebut” nama seseorang, tetapi zikir lebih kepada menyebut nama Allah swt dengan panggilan-panggilan mulia.

Jika seseorang sedang berkasih-kasihan, dirundung asmara ataupun tenggelam didalam “lautan cinta”, maka seseorang yang dalam keadaan demikian itu kita katakan dirinya sedang “dilamun cinta”, boleh juga kita katakana dirinya sedang “dimabuk asmara”. Film Laila majnun menggambarkan “dahsyatnya” api asmara itu. Maka surat bersampul harum-pun dibeli, kata-kata indahpun bergulir diatas kertas bagikan mutiara-mutiara yang tinggi harganya.

Tetapi cinta ini bukan sembarang cinta, karena cinta ini adalah cinta kepada Allah swt, cinta kepada pencipta dirinya, cinta kepada yang memberi kehidupan kepadanya, cinta kepada yang memberi rezeki keatasnya.

Seorang hamba yang ‘aabidah, tha i’ah, taa ibah telah mengikhlaskan kecintaannya kepada Tuhannya, sentiasa berkhalwat, bercengkarama menyebut nama-nama Tuhannya, merindukan “cinta” dan “ridha” Rabbnya, dialah Rabi’ah al-‘Adawiyah.

Diantara keutamaan zikir seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah saw didalam hadis Qudsiy :

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال النبي صلى الله عليه وسلم (يقول الله تعالى أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني ، فإن ذكرني في نفسه ذكرته في نفسي ، وإن ذكرني في ملأ ذكرته في ملأ خير منهم ، وإن تقرب إلي شبرا تقربت إليه ذراعا ، وإن تقرب إلي ذراعا تقربت إليه باعا وإن أتاني يمشي أتيته هرولة(
Maksudnya :

“Daripada Abu Hurairah ra : Rasulullah saw bersabda (Allah swt berfirman “Aku mengikuti apa yang difikirkan oleh hamba-Ku terhadap-Ku, dan Aku bersamanya jika ia menyebut (zikir) nama-Ku, maka jika dia telah menyebut (zikir) nama-Ku didalam dirinya, Akupun telah menyebut dirinya didalam zat-Ku, dan jika dia telah menyebut (zikir)nama-Ku dikeramaian, Akupun telah menyebut dirinya pada keramaian yang lebih baik dari mereka, dan jika seorang hamba telah mendekatkan dirinya kepada-Ku satu jengkal, Akupun telah mendekatkan diri-Ku kepadanya satu hasta, dan jika hambaku telah mendekatkan dirinya kepada-Ku satu hasta, maka Aku telah dekatkan diri-Ku kepadanya satu depa, dan jika hambaku telah mendatangi-Ku dengan berjalan, Akupun telah mendatanginya dengan berlari-lari kecil”. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw menjelaskan didalam sebuah hadis : Diantara zikir yang paling afdhal iaitu mengucapkan “Lailaaha illa Allah” (H.R. Tirmizi) , namun zikir yang sangat disukai oleh Allah swt dan berat pahalanya diatas mizan (timbangan) Allah swt zikir yang diajarkan oleh Rasulullah saw seperti berikut :

عن أبي هريرة : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال (كلمتان خفيفتان على اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلى الرحمن سبحان الله العظيم سبحان الله وبحمده(

Yang bermaksud :

“Daripada Abu Hurairah ra : Daripada Rasulullah saw beliau bersabda (Dua kalimat yang ringan pada lisan, berat timbangannya diatas mizan, dan sangat disukai oleh al-Rahman (Allah swt), iaitu Subhanallahi al-‘azhiem, subhanallahi wabihamdihi)”. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Pada hadis yang lain Rasulullah saw bersabda :

عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال (من قال سبحان الله وبحمده في يوم مائة مرة حطت خطاياه وإن كانت مثل زبد البحر(

Maksudnya:

“Daripada Abu Hurairah ra : Bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda (Barangsiapa yang mengucapkan subhanallahi wabihamdihi seratus kali setiap hari, diampunkan kesalahannya walaupun sebanyak buih dilautan)”. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Saudara seiman yang dirahmati Allah swt, didalam kehidupan yang serba membuat kita menjadi lalai ini, zaman penuh “gosip” yang dapat meruntuhkan sendi-sendi persaudaraan ini, zaman fitnah dan cobaan ini, merupakan satu kenikmatan yang besar daripada Allah swt kerana kita masih sempat menyebut nama-Nya dan meluangkan masa untuk berkhalwat dengan-Nya. Alangkah indahnya jikalau lidah dan bibir ini dibasahi oleh zikir, tidak ada pemanis bibir yang paling manis selain zikir.


Masyhuri Masud
IIUM (MIRKH Quran Sunnah)

No comments:

Post a Comment