Assalamualaikum wR wB
PAGI!!! MAHA SUCI ENGKAU YA ALLAH!!!
Jika kita hendak membuka mata hati kita, mata yang dapat menembus apa yang tidak dapat ditembus oleh mata kepala, mata yang sentiasa mengatakan kebenaran, mata yang mencintai yang haq, mata yang dapat memahami pesan-pesan Allah swt dan rasul-Nya...
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada". (Q.S. al-Hajj : 46)
Janji-janji Allah swt samada melalui kitan-Nya al-Quran ataupun hadis rasul-Nya, satu persatu sudah dinampakkan. Sebahagian daripada kita ada yang menginsafi dan kembali kepada jalan Rabbnya, namun demikian ada juga disana orang-orang yang "juga" sudah melihat janji-janji Rabbnya namun diabaikan sahaja.
Diantara janji-janji yang nampak dan sangat jelas itu ialah kematian, ramainya jumlah wanita berbanding lelaki, gedung-gedung yang ditinggikan, peperangan, bencana ataupun wabak.
Bagi mereka yang insaf, mereka berusaha untuk menyelami kembali akan hakikat dirinya, mereka memikirkan kembali, darimana mereka diciptakan? mengapa mereka diadakan? untuk apa mereka dilahirkan? dan kemana mereka akan dikembalikan?
Menyelami hakikat merupakan hikmah dari kebenaran janji-janji tadi. Karena semua yang ada diatas muka bumi ini adalah fana atau tidak ada yang kekal abadi. Maka mereka berlumba-lumba untuk kembali mencari-cari jalan rabbnya, mereka kembali memenuhi ruang waktunya untuk mendekatkan diri kepadanya, tidak kira siapapun mereka, yang penting sekarang adalah masa untuk kembali. Mereka yang jadi pensyarah, businessman, krani dan sebagainya berlumba untuk meluruskan niat kerja mereka, mereka inginkan pekerjaan itu dapat mendekatkan diri kepada Allah swt sebagai perbekalan di hari akhir kelak.
Mereka yang tidak dapat mencermati segala kejadian yang mengharu biru tadi, mereka tidak dapat mengambil iktibar daripadanya, mereka hanya beranggapan demikianlah dunia, ada kehidupan ada juga kematian, ada pembangunan ada juga penghancuran atau pembinasaan. Manusia-manusia seperti ini akhirnya berusaha sekuat tenaga untuk mencari jalan atau cara agar dapt survive dari segala bencana dan kematian, dan cara yang paling tepat untuk menghindari kematian ataupun bencana (menurut mereka) hanya dengan wang, kerana wang menurut mereka dapat membeli kesihatan, wang dapat memindahkan mereka ke negeri-negeri yang lebih selamat dan tidak ada bencana. Demikianlah gambaran orang-orang yang mata hatinya tertutup untuk melihat kebenaran janji-janji Allah swt. Namun adakah benar wang dapat menyelematkan mereka dari kehancuran dan kebinasaan ataupun mati? Tentu tidak demikian.
Mungkinkah, bencana seperti yang tengah merebak tak dapat dibendung ini (selsema babi) atau virus H1N1 merupakan perealisasian janji-janji ALlah swt?
Rasulullah saw bersabda didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim yang berbunyi seperti berikut :
daripada ibnu Musayyab ra bahawa beliau telah mendengar daripada Abu Hurairah ra mengatakan : Rasulullah saw bersabda "demi jiwaku yang berada didalam genggaman-Nya, hampir sahaja ibnu Maryam diturunkan keatas kamu (diturunkan nabi Isa as sebagai satu tanda-tanda besar hari kiamat akan terjadi) menjadi penguasa yang adil, maka dia akan memecahkan salib-salib, membunuh babi, meletakkan jizyah dan melimpahnya harta sehingga tidak seorangpun yang mahu menerima zakat".(H.R. Bukhari dan Muslim)
Dijelaskan didalam kitab sahih Muslim maksud hadis diatas sebagai berikut : Bahawa nabi Isa as akan diturunkan menjadi seorang yang menegakkan syairat ini (syariat nabi Muhammad saw), dan sangatlah adilnya maka beliau akan menghancurkan segala kebathilan yang telah dibuat-buat oleh orang-orang nasrani (kristian) tentang dirinya, dan beliau tidak menerima orang-orang kafir yang hendak membayar jizyah (harta jaminan untuk tetap menjadi kafir) melainkan untuk menjadi Islam atau diperangi. Hanya tidak dijelaskan didalam kitab ini apa yang dimaksudkan dengan membunuh khinzir itu.
Spekulasi saya dengan maksud "membunuh khinzir" didalam hadis diatas. Kalau nabi Isa as akan mematahkan salib-salib sudah jelas sebabnya, manakala beliau akan membunuh khinzir tentu pula ada sebabnya. "Mungkin" sebabnya kerana keharamannyakah ataupun flu babi yang sedang merebak saat inikah ataupun ada alasan sebab lain untuk membunuh babi itu? Spekulasi ini berdasarkan kepada penyakit aids yang juga sedang merebak dan membunuh. Ingin tidak kena jangkitan aids obatnya jangan berzina ataupun melacur karena asal sebab kejadiannya yang demikian itu, ingin tidak terserang virus H1N1 "agak"nya babi itu yang harus dibunuh dulu, walaupun sekarang virus ini sudah berjangkit dari manusia ke manusia. Adakah Flu Babi merupakan satu indikator dekatnya masa diturunkan nabi Isa as ke muka bumi?!!
Ah...ini sudah akhir zaman, nabi Isa as boleh Allah swt turunkan bila-bila masa, tetapi sebaiknya sebelum beliau diturunkan, segeralah insaf jangan tunggu-tunggu lagi kerana diturunkan beliau kemuka bumi masih menjadi rahasia Allah swt bila tarikhnya. Begitu juga kematian kita tidak tau bila tarikhnya, jika tak tau tarikhnya semestinya kita semua bersegera untuk insaf dan kembali kejalan-Nya.
Wallahu a'lam bisshawaab
Wassalamualaikum wR wB
Masyhuri Masud
IIUM (MIRKH Quran Sunnah)
No comments:
Post a Comment