Assalamualaikum wR wB
LUAR BIASA, PAGI!!!
BICARA TENTANG HATI
Entah berapa jarak yang sudah aku tempuhi, namun…
Daku sentiasa sunyi dan sepi…
Gelisah, resah, gundah menghantui…
Ada apa dengan hati…???!!!
Hati merupakan bahagian yang terpenting didalam tubuh badan kita, bahkan kita tidak akan dapat hidup tanpanya. Jika dialam tiap-tiap negeri ada seorang raja baginya, maka hatilah “raja” bagi tubuh badan manusia .
Bagaimanakah sifat hati itu?
Hati disebut didalam bahasa Arab sebagai “Qalbun” yang bermaksud “sentiasa berdolak dalik”, penamaan itu sesuai betul dengan keadaannya yang sentiasa tidak konsisten. Adakalanya kita benci dengan seseorang, namun dalam sekejap mata kebencian itu bertukar kepada rasa cinta dan sayang. Ada juga kalanya kita sangat mencintai serta menyayangi seseorang, namun dalam sekerlip pandangan mata, rasa cinta dan sayang itu bertukar kepada perasaan benci.
Demikan pula didalam perkara keimanan, terkadang kita rasakan begitu khusyuknya kita solat, dan syahdunya kita membaca al-Quran, hinggalah terkadang kita meneteskan air mata kerana rasa rindu kepada Allah swt yang membuncah-buncah, kita merindukan mesjidnya, kita juga merindukan kitabnya, kita juga merindukan memanggil-manggil namanya. Namun terkadang kita melupakan Allah swt, tidak ingat akan zatNya, lupa keatas segala nikmatNya, bahkan sikap kita terkadang sudah menyerupai sikap ahli-ahli nerakaNya. Begitulah hati ini sentiasa berdolak-dalik.
Beruntunglah mereka yang memiliki hati yang tentram dan tenang, hatinya sentiasa terikat dengan Allah swt, maka bagi mereka surga Allah swt dan dimasukkan kedalam hamba-hambaNya yang solih. Allah swt menjelaskan didalam al-Quran keutamaan mereka yang memiliki jiwa-jiwa yang tenang didalam surah al-Fajr ayat ke 27 – 30 :
(يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ) (الفجر : 27 ) (ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً) (الفجر : 28 ) (فَادْخُلِي فِي عِبَادِي) (الفجر : 29 ) (وَادْخُلِي جَنَّتِي) (الفجر : 30 )
Yang bermaksud :
“Wahai jiwa yang tenang, Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya, Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku”.
Hati merupakan tempat jatuhnya pandangan Allah swt, kerana disitulah niat baik dan buruk bermula, dan Allah swt telah menjelaskan kepada kita melalui lisan rasulnya yang bersabda :
عن ابن عباس رضي الله عنهما : عن النبي صلى الله عليه وسلم فيما يروي عن ربه عز وجل . قال قال (إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها وعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبعمائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة(
Yang bermaksud :
Daripada Ibnu ‘Abbas ra : daripada nabi saw sebagaimana yang diriwayatkan daripada Allah swt, beliau mengatakan “Sesungguhnya Allah swt telah menuliskan kebaikan dan keburukan, kemudian dijelaskan maksudnya, maka barangsiapa yang berkeinginan “dihatinya” untuk melakukan kebaikan maka dia belum melaksanakannya, Allah swt telah menulis baginya satu kebaikan penuh, maka jika berkeinginan melakukan satu kebaikan dan dia telah mengerjakannya, maka dituliskan baginya sepuluh kebaikan hingga digandakan kepada tujuh ratus kali ganda dan kepada kebaikan yang sangat banyak. Dan barangsiapa yang berkinginan melakukan satu keburukan maka seseorang belum melaksanakannya telah ditulis oleh Allah swt baginya satu kebaikan penuh, maka jika seseorang berkeinginan untuk melakukan keburukan, maka dia telah melaksanakannya, maka baginya telah Allah swt tulis sebagai satu kejahatan sahaja. (Bukhari Muslim)
Didalam hadis lain Rasulullah saw mengajarkan kepada kita sebagai berikut :
عن أسامة ( وهو ابن زيد ) أنه سمع أبا سعيد مولى عبدالله بن عامر بن كريز يقول سمعت أبا هريرة يقول : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن الله لا ينظر إلى أجسادكم ولا إلى صوركم ولكن ينظر إلى قلوبكم وأشار بأصابعه إلى صدره.
Yang bermaksud :
Daripada Usamah, bahawasanya beliau telah mendengar Abi said maula Abdillah bin Amir bin Kuraiz mengatakan : saya telah mendengar Abu Hurairah mengatakan : Telah bersabda Rasulullah saw “Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada (kecantikan) tubuh badan kamu, dan tidak pula melihat kepada rupa kamu, tetapi pandangan Allah jatuh kepda hati-hati kamu” seraya Rasulullah saw menunjukkan kearah dadanya (tempat hati itu berada). (Muslim)
Saudara demi melihat hati itu sentiasa berdolak dalik manakala ianya begitu penting kedudukannya disisi Allah swt, maka Rasulullah saw sentiasa beamal dengan zikir seperti dibawah ini :
عن أنس قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يكثر أن يقول يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك فقلت يا رسول الله آمنا وبك وبما جئت به فهل تخاف علينا ؟ قال نعم إن القلوب بين إصبعين من أصابع الله يقلبهما كما يشاء.
Yang bermaksud :
Daripada Anas ra beliau berkata : Bahawasanya Rasulullah saw banyak mengatakan “Wahai Yang memutarbalikkan hati, tetapkanlah hatiku keatas agamamu”. Maka saya mengatakan “Wahai Rasulullah saw kami telah beriman kepadamu dan dengan apa-apa yang datang bersamamu (al-Quran dan al-Sunnah) maka adakah engkau takut keatas kami? Beliau mengatakan “Betul, sesungguhnya hati itu terletak antara dua jari-jari Allah swt didolak-dalikkan sesuai dengan kehendaknya”. (Tirmizi)
Demikianlah keadaan hati itu, sentiasa bertukar dan berdolak dalik, marilah kita memperbanyak zikir Rasulullah saw ini :
يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
Semoga dengan zikir ini hati kita sentiasa menjadi tentram dan tetap pada agamaNya, sehingga kita jika kembali kepada Allah swt dalam keadaan husnul khatimah (kesudahan yang baik).
“Ya Allah berilah kepada kami hati-hati yang kyusuk, hati-hati yang sujud, dan hati-hati yang bersyukur”.
Masyhuri Masud
IIUM (MIRKH Quran Sunnah)
No comments:
Post a Comment